Pages

Subscribe:

Iklan

Terima kasih mengunjungi blog ini

Dapatkan panduan perniagaan online untuk memperolehi pendapatan internet dengan lebih mudah dan berkesan.

Saturday, August 20, 2011

Cabaran Ramadhan : Kumpul 100 Bacaan Al-Quran !




Salam hormat;
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya percaya dan yakin, sahabat pembaca sekalian, pasti ada buka youtube, dengar ceramah dan dengar bacaan Al-Quran. Yelah, sementara menunggu buka puasa atau kadang-kadang, tunggu Subuh. :)
Ada diantara bacaan Al-Quran ini, menyentuh hati kita, membuat hati kita yang kotor ini, menginsafi kesalahan diri.
Justeru, saya ingin mengumpul 100 video bacaan Al-Quran daripada YouTube yang menyentuh hati para pembaca.
Apa yang saudara/saudari perlu buat hanyalah, tinggalkan link youtube bacaan Al-Quran tadi di ruangan komen.

Pada pihak saya pula, saya akan masukkan bacaan Al-Quran tadi dalam post ini.

Peluang !

Ini merupakan satu peluang buat saudara/saudari sekalian kerana, selepas ini, apabila orang search di Google bacaan
Al-Quran atau seumpama dengannya, dan dia jumpa post ni, anda mendapat pahala – insya Allah. (amal jariah)

Saya target, dapat kumpul 100 video bacaan Al-Quran daripada YouTube di dalam post ini sebelum tamat Ramadhan tahun ini (1432H)

Owh ye, jemputlah kawan-kawan anda, menyumbang sekali ye.

Ayuh kita hidupkan generasi Al-Quran !

100 Bacaan Al-Quran Yang Menyentuh Hati ! (tidak ikut susunan)

1) Bacaan Syeikh Al-Afaasi, Hancur luluh hati mendengarnya



2) Syeikh Sudais, Menangis ketika baca ayat tentang Azab Neraka dari Surah Al-Hutomah




Terjemahan Surah Al-Hutomah:

1) Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

2)Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

3)Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

4)Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam Al-Hutamah.

5)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia Al-Hutamah itu?

6)(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya),

7)Yang naik menjulang ke hati;

8)Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

9)(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang




3) Made in Malaysia, Alhamdulillah


5) Daripada program di Mesir


Incoming search terms:

  • bacaan al quran di bulan mulia (7)
  • quran (2)
  • al-quran (2)
  • bacaan al quran (2)
  • youtube bacaan alquran (2)
  • terjemahan surah mengenai ramadhan (1)
  • utubebacaanquraan (1)
  • video bacaan surah al quran (1)
  • YOU TUBE BACAAN SURAH AL QURAN (1)
  • surah al quran ramadan (1)

Klik "Like"

Followers