Salam sejahtera kepada anda yang sudi membaca artikel ini. Saya harap anda semua dalam keadaan sihat hendaknya nya.

Ok, kenapa saya menulis artikel ini? Walaupun ramai sudah yang menulis mengenai perkara ini tapi ingin saya kongsikan juga kerana masih ramai yang bertanya pada saya dan mempunyai mind set negatif mengenai perniagaan internet..
Ok, kenapa perniagaan internet? Bagus sangat ke perniagaan internet ini? Bagi saya tiada bagus pun kalau anda hanya ingin main-main. Dan tida bagus juga jika perniagaan internet yang sebenar di cemari dengan skim-skim cepat kaya, skim pak man telor dan sebagainya.
Juga ada perniagaan online di cemari dengan network-network MLM yang membuat duit atas angin. Sistem dan skim MLM mungkin benar dan bagus tapi ada network-network yang pandai-pandai modifikasi cara plan dan sebagainya membuatkan ramai orang yang tertipu dalam skim atas angin ini.
Jadi saya ingin terangkan kenapa anda perlu lakukan perniagaan online..
1) Membantu sistem kewangan anda. Tak kira student atau pekerja.
- Kita tahu, setiap tahun, kadar inflasi akan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.(konfirm) tapi yang tidak konfirmnya adalah duit belanja dan gaji belum tentu akan naik setiap tahun
. Jadi dengan melakukan perniagaan internet yang boleh di lakukan secara sampingan, ia sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kewangan kita.

2) Membantu famili atau orang yang kurang mampu.
- Ada sesetengah orang berada dalam keluarga yang agak susah, jadi melakukan perniagaan internet ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga kita walaupun kita masih seorang pelajar.Jika kita ada sumber kewangan sendiri, kita tidak perlu minta duit pada ibubapa kita dan mungkin kita boleh menanggung keluarga kita jika mampu. Ia terbukti kebanyakan internet marketer merupakan orang yang berumur 18-30 tahun..
3) Membina rangkaian rakan atau networking
- melakukan perniagaan internet sedikit sebanyak akan membina raka dan juga networking kita. Ia penting kerana networking ini akan membantu kita dalam perniagaan dan juga kehidupan peribadi. Apa maksud dengan kehidupan peribadi? Mungkin dengan melakukan perniagaan online, kita akan mendapat rakan dari seluruh malaysia, dari situ jika kita ada pertanya, atau ingin meminta bantuan, kita boleh hubungi rakan kita ini. Mungkin mengenai tempat tinggal jika kita melancong, atau ingin bertanya tempat menarik di tempat meraka.
4) Kehidupan yang lebih baik.
- Jika sebelum ini gaji anda tidak cukup dan anda terpaksa melakukan kerja part time yang memenatkan hanya untuk menambahkan sedikit income. Jadi perniagaan internet dapat mengatasi masalah ini kerana perniagaan internet anda boleh lakukan di rumah di hadapan laptop yang mempunyai sambungan internet. Jadi anda boleh meluangkan masa di rumah bersama famili. Dan gaji dari perniagaan internet mungkin lebih besar dari part time tersebut…:)
Jadi kepada anda yang masih takut dan tidak percaya pada perniagaan online, tukarlah mind set anda. Jika tidak tahu, sila rujuk pada yang pakar. Jika ingin belajar, cari lah sumber-sumber yang bersesuaian dan boleh di percayai. Jangan sempitkan pemikiran hingga mengatakan perniagaan internet ini tipu, scam dan sebagainya..
0 comments:
Post a Comment