Pages

Subscribe:

Iklan

Terima kasih mengunjungi blog ini

Dapatkan panduan perniagaan online untuk memperolehi pendapatan internet dengan lebih mudah dan berkesan.

Monday, May 9, 2011

PEMASARAN INTERNET: Twitter


Salam Sejahtera,

Tiba masanya untuk saya kongsikan Kenapa Perlu Menggunakan Twitter sebagai alat pemasaran di Internet. Twitter adalah laman sosial yang popular selain dari Facebook. Twitter juga adalah satu perkhidmatan online yang menyampaikan mesej anda kepada rakan anda atau pengikut anda(follower).Anda juga boleh mendapatkan khabar rakan anda dengan menjadi pengikutnya(follow).

Twitter juga sesuai digunakan dengan handphone selain dari komputer. Kesemua mesej twitter hanya terhad kepada 140 patah perkataan. Ianya seperti anda menghantar mesej kepada rakan anda .












Pengguna twitter sekarang adalah seramai 106 juta orang manakala jumlah "tweets" atau mesej adalah sebanyak 55 juta kali. Sebagai seorang usahawan online, anda perlu mengambil berat tentang memasarkan produk anda menggunakan twitter kerana ianya mudah, dan pasaran seluruh dunia. Dengan memiliki jumlah pengikut yang ramai di Twitter anda, semakin tinggi potensi pengikut anda untuk menjadi pembeli produk anda . Apa yang anda perlu buat anda meng"tweet" setiap hari berkaitan produk anda agar ia kelihatan menarik. SATU perkara yang anda perlu tahu ialah, pembeli tidak akan membeli satu produk tersebut jika dia melihatnya untuk kali pertama, pembeli akan membeli apabila dia melihat iklan tersebut mungkin sampai 7 hingga 10 kali. Susah, bukan?? Ianya tidak sesusah mana jika ANDA tahu cara yang promosi yang berkesan. Antaranya ialah menggunakan Twitter. Anda perlu Tweet sebanyak mana yang mungkin dalam sehari..Mungkin 7 ,8,9 kali sehari anda tweets. Semuanya fokus bagaimana hendak menarik orang menjadi pembeli produk anda.


SELAMAT MENCUBA!

0 comments:

Klik "Like"

Followers