Pages

Subscribe:

Iklan

Terima kasih mengunjungi blog ini

Dapatkan panduan perniagaan online untuk memperolehi pendapatan internet dengan lebih mudah dan berkesan.

Monday, April 25, 2011

Asas Perniagaan Online

:)
Salam sejahtera kepada anda semua.

Ok, dalam post kali ini saya nak kongsi kepada anda sedikit infomasi mengenai perniagaan online ini. Saya ingin berkongsi asas-asas yang perlu ada dalam memulakan perniagaan internet anda. Tidak kira lah produk fizikal ataupun produk digital. Yang pasti, konsep dia sama sahaja.
Ok, apa perkara-perkara yang anda perlu ada untuk memulakan perniagaan online? Anda perlu….

1) Ilmu


Ya, ilmu adalah perkara pertama yang anda perlu ada. Tanpa ilmu, segala tindakan anda tidak akan menjadi. Jika anda ingin berniaga, anda perlu ilmu berniaga. Jika anda ingin membuka salon rambut, anda perlu ilmu tersebut. Jika anda ingin membina perniagaan online, anda perlu tahu segala ilmu mengenai perniagaan online. Jadi, sentiasa mencari ilmu di dalam bidang yang anda ingin ceburi.

2) Produk/Servis


Perkara ke 2 yang perlu anda ada untuk memulakan perniagaan internet anda, mesti lah PRODUK. Kenapa produk? Jika tiada produk, bagaimana anda ingin berniaga. Di dalam perniagaan, mesti ada produk untuk di berikan pada pihak ke 2. Jadi pastikan produk yang anda ingin jual, mendapat sambutan, dan ada permintaan.

3) Laman web jualan/ Minisite


Selepas anda mempunyai produk, anda perlukan laman web jualan atau minisite untuk membantu jualan produk anda. Apa itu laman web jualan? Ok, laman web jualan ini seperti kedai anda. Di mana di dalam kedai anda, akan ada produk untuk di jual. Jadi laman web jualan ini merupakan laman web di mana ada akan masukkan segala info mengenai produk anda. Dan jika ada orang yang berminat ingin membeli, mereka boleh terus menghubungi anda dan melakukan pembayaran.

4) Skill promosi.


Ini merupakan perkara yang paling di takuti oleh ramai orang jika ingin membina perniagaan online sendiri. Ya, jika hebat mana produk anda, cantik mana laman web anda, tapi anda tiada skill promosi, anda tidak akan mendapat jualan. Anda perlu melakukan promosi yang extreme supaya ramai pelawat masuk ke laman web anda dan tukarkan mereka kepada pembeli. Dalam promosi, terdapat beberapa cara popular untuk anda lakukan. Iaitu:

a) Facebook
b) Blog
c) PPC
d) Emel Marketing

Ia hanya sebahagian. Ikutkan ada banyak lagi cara promosi yang anda boleh guna. Yang penting, gunakan kreativiti sendiri dalam melakukan promosi ya.

Itulah sedikit sebanyak asas-asas perniagaan online yang perlu anda ada jika ingin berjaya dalam bidang ini. Terdapat banyak lagi ilmu yang perlu anda cari. Yang penting anda sanggup belajar sehingga berjaya dan insyallah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kenapa Anda Perlu Menceburi Perniagaan Internet.

Salam sejahtera kepada anda yang sudi membaca artikel ini. Saya harap anda semua dalam keadaan sihat hendaknya nya. :) 

Ok, kenapa saya menulis artikel ini? Walaupun ramai sudah yang menulis mengenai perkara ini tapi ingin saya kongsikan juga kerana masih ramai yang bertanya pada saya dan mempunyai mind set negatif mengenai perniagaan internet..

Ok, kenapa perniagaan internet? Bagus sangat ke perniagaan internet ini? Bagi saya tiada bagus pun kalau anda hanya ingin main-main. Dan tida bagus juga jika perniagaan internet yang sebenar di cemari dengan skim-skim cepat kaya, skim pak man telor dan sebagainya.

Juga ada perniagaan online di cemari dengan network-network MLM yang membuat duit atas angin. Sistem dan skim MLM mungkin benar dan bagus tapi ada network-network yang pandai-pandai modifikasi cara plan dan sebagainya membuatkan ramai orang yang tertipu dalam skim atas angin ini.

Jadi saya ingin terangkan kenapa anda perlu lakukan perniagaan online..


1) Membantu sistem kewangan anda. Tak kira student atau pekerja.
- Kita tahu, setiap tahun, kadar inflasi akan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.(konfirm) tapi yang tidak konfirmnya adalah duit belanja dan gaji belum tentu akan naik setiap tahun :) . Jadi dengan melakukan perniagaan internet yang boleh di lakukan secara sampingan, ia sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kewangan kita.


2) Membantu famili atau orang yang kurang mampu.
- Ada sesetengah orang berada dalam keluarga yang agak susah, jadi melakukan perniagaan internet ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga kita walaupun kita masih seorang pelajar.Jika kita ada sumber kewangan sendiri, kita tidak perlu minta duit pada ibubapa kita dan mungkin kita boleh menanggung keluarga kita jika mampu. Ia terbukti kebanyakan internet marketer merupakan orang yang berumur 18-30 tahun..
3) Membina rangkaian rakan atau networking
- melakukan perniagaan internet sedikit sebanyak akan membina raka dan juga networking kita. Ia penting kerana networking ini akan membantu kita dalam perniagaan dan juga kehidupan peribadi. Apa maksud dengan kehidupan peribadi? Mungkin dengan melakukan perniagaan online, kita akan mendapat rakan dari seluruh malaysia, dari situ jika kita ada pertanya, atau ingin meminta bantuan, kita boleh hubungi rakan kita ini. Mungkin mengenai tempat tinggal jika kita melancong, atau ingin bertanya tempat menarik di tempat meraka.


4) Kehidupan yang lebih baik.
- Jika sebelum ini gaji anda tidak cukup dan anda terpaksa melakukan kerja part time yang memenatkan hanya untuk menambahkan sedikit income. Jadi perniagaan internet dapat mengatasi masalah ini kerana perniagaan internet anda boleh lakukan di rumah di hadapan laptop yang mempunyai sambungan internet. Jadi anda boleh meluangkan masa di rumah bersama famili. Dan gaji dari perniagaan internet mungkin lebih besar dari part time tersebut…:)
Jadi kepada anda yang masih takut dan tidak percaya pada perniagaan online, tukarlah mind set anda. Jika tidak tahu, sila rujuk pada yang pakar. Jika ingin belajar, cari lah sumber-sumber yang bersesuaian dan boleh di percayai. Jangan sempitkan pemikiran hingga mengatakan perniagaan internet ini tipu, scam dan sebagainya..

Klik "Like"

Followers