Pages

Subscribe:

Iklan

Terima kasih mengunjungi blog ini

Dapatkan panduan perniagaan online untuk memperolehi pendapatan internet dengan lebih mudah dan berkesan.

Monday, May 23, 2011

Apa itu Clickbank

Salam semua,
Selamat bertemu kembali di blog Perniagaan Online, mari kita lihat "bagaimana menjana wang melalui clickbank"?


Apa itu Clickbank? Clickbank adalah diantara laman web affiliate yang terbesar di Internet. Jika anda mahu menjana wang secara part time melalui internet, Clickbank adalah jawapan kepada persoalan anda. 

Kenapa perlu Clickbank? Sebahagian daripada mungkin tidak mempunyai produk untuk diniagakan secara online. Oleh itu, dengan mendaftar sebagai ahli Clickbank anda boleh menjual produk orang lain dan ganjarannya anda juga mendapat komisyen bagi setiap jualan. Bayangkan jika anda promosi 10 produk dari Clickbank setiap hari secara Konsisten Tanpa Jemu! Satu produk untung $5(kiraan minima)x 10 =$50. 


Lihat anda sudah dapat $50 untuk sehari. Jika anda berjaya mencatat jualan selama 20 hari/30hari. Cuba kira...Urmm..Anda dapat $1000. Senang atau susah? Sudah tentu jawapannya setiap perniagaan mempunyai kesusahan. Anda mungkin perlu mempromosinya dalam satu jangka masa yang panjang sebelum anda berjaya mencatat jualan.Ini kerana sepanjang proses itu, anda akan pelajari produk apa yang orang lain mahu dan macam-macam perkara lagi.

Tipsnya lakukan promosi selama 30 minit sehari, lepas tu offline buat kerja lain. Tak payah lama-lama, memang ia memerlukan masa. Apa yang Penting? Konsisten,konsisten,konsisten.

Terdapat pelbagai kelebihan Clickbank. Antaranya ialah:-

1) Anda boleh membuka akaun secara Percuma.
2) Tidak perlu membina laman web ataupun blog
3) Mempunyai beribu-ribu produk yang anda boleh pilih
4) Tidak perlu memikirkan idea produk yang hendak dijual
5)Promo produk 30 minit sehari.

Terdapat 3 peraturan buat duit secara affiliate:
1) Jual produk yang mempunyai market
2) Jangan penat melakukan promosi
3) Ikuti kaedah *1 dan kaedah *2 secara berterusan.


Setakat ini artikel berkaitan "Apa itu Clickbank".Sila Tinggalkan Komen Anda. Kami amat menghargainya.




Sunday, May 22, 2011

Pelawat Bertukar Menjadi Seorang Pembeli

Salam semua,

Pembeli
Memang tidak dinafikan laman web yang mempunyai ramai pelawat setiap hari adalah sesuatu yang sangat cool. Tetapi cuba anda bayangkan jika anda mengendalikan laman web yang mengendalikan perniagaan dari rumah tidak kiralah, anda menjana wang dari program affiliate atau pengiklanan seperti Google Adsense, ataupun anda menjual ebook anda sendiri  atau barang orang lain menerusi online store. Anda mungkin sudah mahir dalam selok -belok pemasaran melalui search engine seperti SEO dan pengiklanan pay per click seperti Google Adword ataupun laman web lain yang anda gunakan untuk menarik ramai pelawat ke laman web anda.





Tetapi apa yang akan terjadi apabila di satu saat anda berjaya menarik jumlah pelawat untuk datang ke laman web anda? Adakah anda berjaya menjual produk anda? Ataupun dalan eerti kata lain menukarkan pelawat tersebut menjadi seorang pembeli. Menarik pelawat mengunjungi laman web anda adalah satu perkara , tetapi jika tidak ada yang hendak membeli produk anda, bisnes anda tidak akan berjaya. Anda akan rasa putus asa.

Tips Menjadikan Pelawat Seorang Pembeli:

1. Memberi janji untuk pelanggan menuntut kembali wang jika produk tidak memuaskan.

2.Tawarkan kaedah pembayaran yang pelbagai.

3. Sediakan perkhidmatan pelanggan yang bagus seperti menyediakan nombor hp dan email.

4.Jika anda seorang yang mempunyai syarikat, tawarkan perkhidmatan hubungi secara percuma.

5.Meneliti kembali laman web anda samaada adakah semua produk mempunyai maklumat yang cukup dan adakah gambar produk nampak menarik. Anda sendiri berpura sebagai pembeli di laman anda untuk mengetahui bagaimana tindak-tanduk pelawat.

6. Menyediakan transaksi pembelian dilindungi(secured) dan maklumkan kepada pelawat. Ini meningkatkan lagi keyakinan mereka untuk membeli produk anda.

7. Lihat pesaing anda dan perbaiki apa yang lemah di laman web anda. Ini adalah penting kerana pelawat anda akan semakin berkurang dari semasa ke semasa. Lihat! Apa yang perlu anda tingkatkan lagi adakah pada gambar atau komunikasi atau lain-lain.

8.Buat kaji selidik dengan pelawat anda. Pelanggan adalah segala-segalanya di dalam dunia perniagaan. Tanya mereka apa pandangan mereka terhadap produk yang anda jual dan kenapa mereka tidak membelinya.

9. Tawarkan diskaun bagi produk anda dan promosi produk secara berterusan. Ini akan membuatkan mereka akan memikirkan produk anda berkali-kali didalam fikiran mereka sebelum bertukar menjadi pembeli. Jadi,berikan diskaun yang hebat.
Diskaun yang hebat

Berikut adalah antara tis-tipsnya, harap anda semua memberikan komen anda tentang artikel ini dan ikuti artikel terbaru di blog Perniagaan Online dengan klik like pada Facebook page :)
Beri Komen Anda

Saturday, May 21, 2011

Tip Pemasaran Facebook Untuk Usahawan Internet

Salam Sejahtera,

Saya ingin menambahkan lagi maklumat tentang pemasaran produk menggunakan Facebook. Jika anda seorang pelawat tegar blog ini, anda dapati saya sudah mengpostkan artikel pemasaran Facebook. Ini sedikit lagi tambahan untuk kejayaan ANdA.

MPH Bestsellers Non-Fiction (Local)


  • #10 - For week ending 05th July 2009

  • #18 - For week ending 09th August 2009

  • #10 - For week ending 23rd August 2009

  • #19 - For week ending 30th August 2009

  • #18 - For week ending 06th September 2009

  • #05 - For week ending 13th September 2009

  • #06 - For week ending 27th September 2009


  • Dimana anda boleh dapati buku ini

    Rahsia Pemasaran Facebook terdapat disemua kedai buku MPH dan kedai buku tertentu sahaja. Anda boleh membeli buku ini secara langsung dari kedai buku berhampiran dan MPH Online, atau dapatkannya dari laman web ini.

    Maklumat Buku

    • Penulis: Nasrul Amri Samsudin
    • Penerbit: True Wealth Sdn Bhd
    • Edisi Pertama: Jun 2009
    • Edisi Kedua: Ogos 2009

    Sinopsis

    Terdapat lebih daripada 175 juta pengguna Facebook di seluruh dunia dan jumlah ini semakin bertambah setiap hari, menjadikan Facebook sebagai salah satu medium dan peluang pemasaran perniagaan yang terbesar.
    Memasarkan produk/servis perniagaan anda di Facebook kini menjadi lebih mudah, murah dan menjimatkan berbanding kaedah pemasaran tradisional.
    Rahsia Pemasaran Facebook membongkar teknik-teknik pemasaran media sosial yang terdapat di dalam Facebook.
    Terdapat lebih daripada 175 juta pengguna Facebook di seluruh dunia dan jumlah ini semakin bertambah setiap hari, menjadikan Facebook sebagai salah satu medium dan peluang pemasaran perniagaan yang terbesar.Memasarkan produk/servis perniagaan anda di Facebook kini menjadi lebih mudah, murah dan menjimatkan berbanding kaedah pemasaran tradisional.
    Rahsia Pemasaran Facebook membongkar teknik-teknik pemasaran media sosial yang terdapat di dalam Facebook.
    Berikut merupakan contoh topik yang bakal anda temui di dalam buku:
    • 6 langkah mudah memulakan Facebook
    • 5 cara untuk berada selamat di Facebook
    • 12 cara menjana trafik tinggi daripada fungsi Facebook
    • Teknik menjana wang di Facebook
    • 11 aplikasi Facebook untuk menjana pendapatan
    • Panduan membuat & menggunakan aplikasi Gifts, Pages, Ads dan lain-lain.
    Sedikit tips pemasaran Facebook khas untuk anda:-


    1. Walau apa tujuan menyertai Facebook, utamakan asasnya iaitu
    ‘networking’. Atau dalam kata lain, berkenalan, bersosial, berkomunikasi
    dan ada interaksi.

    2. Mesti mampu membuatkan orang jelas dengan diri kita seperti apakah produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Hal ini amat wajib dan penting. Jika tidak, kita akan ‘tenggelam’.

    3. Di laman web sosial, orang lebih suka melihat apakah yang kita
    lakukan dari semasa ke semasa. Jadi gunakan fungsi seperti Photos dan Video sebaik-baiknya.

    4. Sertai Group yang berkaitan dan Add ahli-ahli di Group itu sebagai Friend kita. Beritahu mereka bahawa kita juga adalah ahli kepada Group tersebut. Ini adalah salah satu cara untuk menambah kawan tanpa membuatkan mereka ragu siapakah kita.

    5. Berikan maklumat yang bernilai. Diri kita akan menjadi bernilai di
    mata ahli FB jika maklumat atau informasi yang kita berikan bernilai
    untuk mereka. Di FB, lebihkan ‘sharing’ berbanding promosi semata-mata.

    6. Salah satu cara lain untuk menambah Friend adalah dengan menyemak emel-emel pelanggan kita di FB. Jika ada, Add mereka dan beritahu mengenai anda.

    7. Selepas Add seseorang, komunikasi pertama adalah amat penting. JANGAN sesekali terus melakukan promosi kepada mereka. Boleh mulakan dengan ucapan terima kasih dan salam perkenalan.

    8. Kebanyakan orang terlalu takut untuk membeli melalui internet kerana alasan sukar mempercayai. Begitu juga untuk percaya kepada mana-mana individu atau pihak yang melakukan promosi di internet. Begitu juga di FB.

    Oleh itu, kurangkan rasa takut ahli-ahli FB dengan konsisten muncul di FB seperti berkomunikasi dengan mereka, memuat naik foto dan video. Wujudkan kepercayaan pada diri mereka bahawa kita adalah usahawan atau perniagaan yang boleh dipercayai. Cara lain, letak testimonial daripada pelanggan sedia ada.

    9. Semakin kita ‘rapat’ dengan ahli-ahli FB, maka kita akan semakin
    mendapat perhatian.

    10. Jika mempunyai kamera atau webcam, boleh terus rekod video dengan menggunakan fungsi Video Recorder di FB.

    11. Gunakan fungsi “Tagging” sebaik-baiknya, tetapi tag mereka yang berkaitan sahaja. Elakkan tag secara melulu kerana ia boleh membuatkan mereka marah dan menganggu ruang FB mereka.

    12. Hari Lahir: Salah satu cara untuk berkomunikasi dengan ahli-ahli FB adalah dengan mengucapkan ucapan-ucapan yang baik-baik kepada mereka bersempena ulangtahun kelahiran mereka. Status hari lahir ada di bahagian HOME FB.

    13. Wujudkan Group atau Fan Page sendiri yang mana ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding akaun peribadi (personal profile account).

    14. Event: Dalam diam, sudah banyak pihak perniagaan atau individu yang berjaya mendapat peserta untuk program anjuran mereka HANYA melalui Facebook. Caranya adalah dengan menggunakan fungsi Event.

    15. Jika sesuai, boleh integrasikan akaun Facebook dengan Twitter dan juga blog (RSS).

    16. Chat: Tanpa perlu menggunakan aplikasi lain di luar FB, kita boleh menggunakan fungsi Chat untuk berbincang sesuatu perkara bersama pelanggan. Namun pastikan cara ini tidak membuatkan masa kita habis begitu sahaja tanpa kawalan.

    17. Pelbagaikan bentuk penulisan di FB. Elakkan terlalu streotaip atau kaku dengan satu-satu cara sahaja. Masukkan unsur-unsur humor, fakta, statistik, pendapat, berita, link ke artikel yang menarik, persoalan, menggunakan imej di dalam penulisan di nota (Notes), senarai dan pelbagai lagi bentuk.

    18. Saya dapati, jika kita menjadikan (memperlakukan) rakan-rakan
    (Friends) di FB sebagai pelanggan di dalam komunikasi iaitu ‘kita di
    atas dan mereka di bawah’, ia kurang berkesan di dalam menarik minat mereka. Kita perlu melihat mereka seperti seorang rakan (sama aras), dan bukan seorang pelanggan. Maka laras bahasa juga perlulah sesuai tanpa menggunakan ayat-ayat yang terlalu menjual. Orang tidak suka mereka terjual. Kurangkan ego mereka.

    19. Gunakan bahasa atau cara penulisan yang boleh difahami oleh semua golongan. Bahasa SMS (shortcut) biasanya difahami oleh orang-orang muda sahaja, tetapi tidak untuk orang-orang lama. Begitu juga bahasa pasar, tidak semua bangsa boleh memahaminya. Tanda seseorang itu serius dalam bisnes adalah, mereka akan menjaga cara penulisan dan bahasa mereka sebaik mungkin.

    20. Elakkan melepas geram atau menulis sesuatu yang negatif, atau
    melakukan sesuatu yang kurang elok. Seorang usahawan (terutama yang berjaya) biasanya akan dilihat sebagai hebat dan positif. Jika kita (usahawan) menulis sesuatu yang menunjukkan kita lemah, mudah mengeluh, tidak bersabar dan cepat melenting, maka nilai kita pada pandangan orang akan mula terhakis.

    21. Jika tiada idea untuk menulis sesuatu di FB, gunakan sahaja fungsi Link dengan memasukkan link (pautan) ke mana-mana artikel di blog, lagi-lagi jika kita mempunyai sebuah blog yang telah ditulis dengan banyak artikel.

    Friday, May 20, 2011

    Menceburi Bidang Perniagaan Internet

    Salam sejahtera,

    Artikel ini ditulis khas untuk para pembaca yang baru lagi nak meceburi bidang perniagaan internet ini. Mungkin anda semua tidak mempunyai apa-apa gambaran tentang perniaagaan di internet ini.Tetapi tergerak di hati anda ingin mengetahui dan menceburinya. Tentu sekali, anda tidak mahu melaburkan sejumlah wang semata-mata untuk mengetahui apa itu perniagaan internet. Ok, saya akan berikan sedikit idea dalam perniagaan ini.

    IDEA Perniagaan Internet:

    1.Pemasaran produk affiliate

    Apa itu Affiliate??

     -Affiliate ialah kita promosikan produk atau perkhidmatan orang lain di laman web kita.Apabila produk itu ada orang beli, maka kita akan dapat komisyen.

    Skill yang perlu ada

    -Pemasaran laman web, join iklan berbayar(pay per click), buat laman jualan satu muka surat sahaja.

    Sumber Pembelajaran boleh didapati di:

    -Affiliate Classroom, Shoemoney

    Cadangan Buku:

    -Rahsia Affiliate atau download percuma kat sini :www.scribd.com/doc/26455533/Rahsia-Affiliate-Percuma


    2- Membuat duit dengan blog

    Apakah??

    -Laman blog yang penuh dengan informasi, artikel yang menarik, jurnal, diari anda yang menarik boleh menarik ramai pelawat. Maka anda boleh sewa ruang iklan di blog anda atau anda boleh iklankan affiliate yang anda langgan.

    Skill yang diperlukan:

    - Pamasaran internet, rangkaian sosial, pemasaran affiliate, copywriting.

    Sumber Pembelajaran:

    -Blogging for Dollars, Problogger

    Cadangan Buku:

    Kod Adsense

    3-Menjual produk fizikal:Menggunakan ebay dan jualan lelong

    Apa itu???

    -Menjual barang atau menjual semula barang di Ebay atau Amazon Auction, atau Craiglist. Anda boleh jual barang baru, terpakai, atau jualan secara borong dan lain-lain.

    Skill yangg Diperlukan:

    -Khidmat Pelanggan, Teknik Pembayaran, Buat store produk anda.

    Sumber Pembelajaran:

    -Ebay Learning Center, JennyHow

    Cadangan Buku:

    Rahsia Ebay oleh  http://sifu-lan.com


    Berikan Komen Anda!

    Thursday, May 19, 2011

    Paypal - Perkhidmatan transaksi kewangan

     Salam Sejahtera,
    Kenapa saya buat artikel berkenaan Paypal? Kerana saya ingin memberi pendedahan terhadap pengalaman saya menggunakan perkhidmatan ini dan menggalakkan penggunaannya di kalangan masyarakat di Malaysia.

    Pertama kalinya, sejarah ringkas. Paypal dibangunkan semasa pembangunan 2 syarikat di Amerika Syarikat pada 2000 untuk perkhidmatan tranksaksi kewangan dalam talian yang mudah secara amnya menggunakan kad kredit tetapi tanpa mendedahkan nombor kad kredit dan CVV kepada pihak penerima pembayaran. Ini penting kerana keselamatan kad kredit menjadi keutamaan bagi Paypal.



    Ebay

    Paypal sinonim dengan Ebay. Ini kerana Paypal telah dibeli oleh EBay 2002 dan menjadi sebahagian dari perkhidmatan EBay dalam urusniaga. Sekarang ini, agak jarang pengguna EBay membuat pembayaran melalui selain perkhidmatan Paypal. Di Malaysia, pengguna EBay masih boleh membuat pembayaran ke akaun bank tempatan jika diterima oleh pihak penjual. Tetapi, kelewatan membuat pembayaran menjadi isu. Tidak seperti pembayaran melalui Paypal, pembayaran boleh dibuat sejurus selepas pemeriksaan keluar (check-out) barang-barang yang dibeli.

    Bagi seorang pembeli di Ebay, tiada bayaran tambahan dikenakan. Bagi penjual, ada yuran dikenakan. Bagi penjual Malaysia, yuran bagi satu transaksi dikenakan sehingga 3.4%+RM2.00. Maka, sebagai penjual, anda patut mengambil kira caj tambahan ini bagi satu-satu barang supaya anda tidak kerugian.

    Tanpa Ebay

    Mungkin anda pengusaha atau penjual barang dengan bilangan yang sedikit atau tidak mahu menggunakan perkhidmatan Ebay (mungkin bilangan pengguna EBay Malaysia kurang berbanding perkhidmatan lain), anda menggunakan Mudah.my atau Lelong.com.my atau juga anda mempunyai laman perniagaan sendiri.

    Anda masih boleh menggunakan Paypal untuk menerima pambayaran di mana sebarang pesanan samada melalui
    • Email, kaedah konvensional – Sebagai penjual, hanya nyatakan email Paypal anda kepada pembeli. Pembeli perlu mempunyai akaun Paypal untuk membuat pembayaran.
    • Invoice sendiri – Anda mempunyai sistem tersendiri untuk menghantar invoice elektronik ke email pembeli secara automatik atau manu
    • Invoice Paypal
    • Request – Meminta pembayaran tertentu dari pihak lain untuk tujuan tertentu yang dinyatakan oleh pihak yang meminta.


    Pembeli atau pembayar tidak perlu berdaftar dengan Paypal untuk membuat pembayaran dan cukup hanya menggunakan kad kredit bagi kaedah 2 dan 3. Sebarang permintaan pembayaran melalui Paypal terdapat satu ayat “Don't have a PayPal account? Use your credit card or bank account (where available).” Klik pada “Continue” atau “Credit or Debit Card”.

    Untuk kemudahan pengguna membuat pesanan, penjual boleh menggunakan Paypal Button. Terdapat beberapa Paypal Button tetapi di sini hanya dinyatakan yang biasa digunakan.


    • Buy Now Button – Sesuai untuk pembelian satu barang sahaja.
    • Add Cart Button – Sesuai untuk pembelian lebih 1 barang dari satu penjual.
    • Donate - Untuk menerima derma.

    undefined

    Bayar dan terus dapat barang.

    Paypal memperkenalkan satu perkhidmatan tambahan di mana selepas pembayaran sesuatu produk dibuat, pembeli sudah boleh menerima produk tersebut. Produk ini adalah seperti bahan digital mudah dimuat turun atau tempahan bahan bacaan atau pembayaran keahlian sesuatu laman social atau topup digital. Kesemuanya memerlukan penerimaan barang, kebenaran atau pengesahan segera selepas pembayaran dibuat yang sepatutnya boleh dilakukan secara automatik tanpa akses dari manusia atau penjual.

    Untuk itu, Paypal memperkenalkan IPN (Instant Payment Nortification). IPN dihantar kepada sistem pihak penerima bayaran supaya memberi kebenaran segera dan sekaligus memberi peluang kepada pembeli mendapat barang dengan cara dimuatturun atau sebarang habuan yang patut diterimanya.

    Perlu diingat, pihak penjual atau penerima bayaran perlu mempunyai sistem tersendiri bagi mengurus IPN seperti server dan laman web sendiri.

    Pembayaran mikro.

    Pada tahun lepas, Paypal telah memperkenalkan satu sistem pembayaran mikro di mana, harga jualan di bawah USD12 dikenakan yuran yang rendah. Ini amat bersesuaian bagi pembelian produk seperti produk digital mudah dimuat turun, mp3, e-book, perisian aplikasi dan sebagainya.

    Baru-baru ini satu projek dibangunkan oleh sekumpulan pelajar yang membina satu mesin layan diri menjual candy dan bubblegum, menerima bayaran mikro Paypal.

    Jenis-jenis akaun.

    Terdapat 3 jenis akaun yang boleh anda daftar.

    1. Personal
    2. Premier
    3. Business
    4. Student – Akaun ini hampir sama dengan Personal tetapi jarang digunakan.

    Yuran yang digunakan agak berbeza. Anda boleh rujuk di bahagian Help di laman Paypal.

    Akaun Personal hanya boleh membuat pembayaran untuk barang yang dibeli, penghantaran dan penerimaan duit. Akaun ini tidak boleh membuat sebarang perkhidmatan perniagaan. Maksudnya, dengan lebih tepat, tidak boleh berniaga di dalam Ebay atau meminta pembayaran barang. Juga beberapa servis tertentu yang diperlukan oleh seorang peniaga dan penjual tidak terdapat dalam akaun jenis ini.


    Akaun Premier dan Business pula boleh membuat transaksi perniagaan. Kelebihan akaun Business ialah akaun ini boleh diakses lebih 1 pengguna. Maksudnya, satu akaun ini boleh diakses oleh seorang pengurus dan seorang akauntan syarikat. Kelebihan ini tiada pada akaun Premier.

    Tetapi akaun Premier tidak menjadi masalah bagi seorang peniaga kecilan dan akaun ini sebenarnya sesuai untuk perniagaan kecil dan sederhana.

    Jika anda berdaftar untuk akaun terendah seperti akaun Personal dan anda ingin akaun yang mempunyai kelebihan Premier atau Business, anda boleh menaik taraf akaun tersebut pada bila-bila masa. Tetapi tidak boleh balik kepada asal.

    Caj dan yuran.

    Untuk pembelian dalam talian, pembayaran adalah percuma. Yang mendapat bayaran (peniaga) dikenakan sehingga 3.4%+RM2.00.

    Pembayaran peribadi atau penghantaran duit peribadi, tidak dikenakan sebarang yuran jika menggunakan baki dalam akaun bagi penghantar dan penerima. Tetapi, yuran dikenakan bagi pembayaran melalui kad kredit (3.4%+RM2.00) ke atas samada penghantar atau penerima. Jika penghantar mahu penerima dikenakan yuran tersebut, penerima boleh menerima atau menolaknya dengan tidak menerima pembayaran tersebut.

    Mengeluarkan duit dari Paypal.

    Semenjak hampir 2 tahun lepas, Paypal telah membenarkan pengguna Paypal Malaysia mengeluarkan baki dari akaun Paypal ke akaun bank tempatan.

    Sebarang pengeluaran dari akaun Paypal kurang RM400 dikenakan yuran sebanyak RM3.00. Pengeluaran lebih dari RM400 adalah percuma. Tetapi pengeluaran menggunakan matawang USD adalah percuma bagi sebarang jumlah.


    Maka, bagi peniaga kecil-kecilan perlu menunggu baki melebihi RM400 untuk mengeluarkannya.

    Bank tempatan yang boleh menerima pengeluaran ini ada tersenarai dalam Paypal. Hampir semua bank boleh menerimanya. Seperti saya, ada membuat pengeluaran ke bank Maybank.

    Tempoh yang diperlukan untuk penghantaran ke akaun bank tempatan adalah 2 hingga 4 hari.

    Kesimpulan.

    Untuk memulakan perniagaan dari tahap suka-suka sehingga tahap yang besar, boleh menggunakan perkhidmatan Paypal.

    Tetapi, bagi mengawal harga barang yang dijual dan menjadi saingan kepada pihak lain, anda perlu membuat pengiraan yang betul mengikut terma dan syarat seperti yuran dan caj yang dikenakan, kadar tukaran wang asing seperti USD dan Ringgit dan trend harga pasaran sesuatu barangan.

    Peringatan, artikel ini berkemungkinan mempunyai maklumat yang salah atau tidak selaras dengan terma dan syarat Paypal disebabkan terdapat pindaan yang sering dilakukan oleh pihak Paypal. Sesungguhnya, maklumat di Paypal adalah muktamad. Oleh itu, anda perlu sentiasa memeriksa maklumat di Paypal sebelum, semasa dan selepas menggunakan perkhidmatan ini bagi mengelak kecelaruan. Bagi penerangan berkenaan matawang Ringgit dan yuran di Malaysia, hanya boleh dibaca selepas mendaftar sebagai ahli Paypal dengan akaun seperti arahan di perenggan di atas.

    Pemerhatian kadar pertukaran wang asing juga penting bagi memaksimumkan keuntungan.

    Selamat berniaga online.

    Beri Komen Anda!

    Thursday, May 12, 2011

    EBAY: LANGKAH PERTAMA MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET

    Salam sejahtera,
    Artikel kali ini mendiskusikan berkenaan laman web ebay. Apa itu EBAY? Mungkin sebahagian anda tahu apa itu ebay tetapi bagi yang tidak berapa tahu, Ebay ialah sebuah laman web yang menjual berjuta barang secara online. Asal usul Ebay ialah dibangunkan pada tahun 1995 iaitu sudah 16 tahun beroperasi sehingga tahun ini, 2011. Nilai asset yang terkumpul oleh syarikat Ebay ini ialah sebanyak USD22 Billion.

    Tambahan pula, barang pertama yang dijual di laman ini ialah sebuah laser pointer yang patah. Penjual itu menghubungi pembeli dengan menanyakan “ Adakah anda tahu bahawa laser pointer itu telah patah” .Pembeli menjawab “Ya, saya faham. Saya suka mengumpul laser pointer yang patah”.

    Apa yang boleh kita ambil pelajaran dari kisah ini??
    Pelajaran yang boleh kita dapati ialah kita boleh menjual apa sahaja barang yang kita fikir ada orang hendak. Menjual barang di Ebay tidak semestinya kena barang baru. Apa yang kita tidak guna lagi, kita boleh iklankan di Ebay kerana mungkin terdapat orang di pelusuk dunia ini yang menghendakinya. Disitu, anda tidak membazirkan barang anda malah mendapat sedikit keuntungan.
         

    contoh barang terpakai    









      Contoh barang baru

    Berikut adalah dua contoh barang yang anda boleh iklankan di Ebay. Apabila anda mengiklankannya di Ebay, ia akan dilihat oleh jutaan orang. Laman Ebay dibangunkan di 30 buah Negara di dunia. Baranganda lebih senang dijual berbanding anda menjual secara tradisi iatu dengan mengiklankan secrara mulut ke mulut atau di kedai anda yang hanya terhad untuk kawasan itu sahaja. Sebagai contoh, anda buka kedai di Pulau Pinang kawaaan Butterwoth. Oleh itu, orang di Butterwoth sahaja yang akan mengetahui produk anda ,manakala negeri lain tidak tahu. Untuk mengiklankan sejauh yang mungkin adalah mudah dengan menngunakan laman web Ebay.

    Akhir kata, untuk Berjaya di Ebay anda juga perlu tahu langkah demi langkah sebelum menjual di Ebay.. contonya bagaimana hendak membuka akaun, menerima bayaran, mengahantar barang, mengambil gamabar produk yang menarik dan macam-macam lagi.. Anda boleh mengetahuinya dengan memiliki ebook panduan Ebay. Apa yang anda laburkan sekarang merupakan kejayaan anda pada masa hadapan.
    Selamat Beramal!                                                                               

    

    Klik "Like"

    Followers